Tuesday 19 January 2016

Sumbangan Ibnu Sina terhadap sains dan teknologi

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang diredhai Allah semua. Post saya pada hari ini berkaitan Tokoh Ilmuan yang hebat dan terkemuka di seluruh pelusuk dunia. Tokoh yang amat dikagumi dan disegani oleh semua lapisan masyarakat. Post kali ini membincangkan tentang tokoh perubatan iaitu Ibnu Sina.Mari kenali dengan terperinci.

RIWAYAT HIDUP:



Nama :  Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Dikenali sebagai "Avicenna" dalam masyarakat barat.
Tarikh Lahir : 980 Masihi/ 370 Hijrah
Tempat lahir :  Afsyahnah daerah dekat Bukhara, sekarang wilayah Uzbekistan
Bangsa : Parsi
Wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di Hamazan
Usia wafat : antara 57 dan 58 tahun.


PENGENALAN IBNU SINA

Beliau berasal dari keluarga bermadzhab Ismailiyah sudah akrab dengan pembahasan ilmiah terutama yang disampaikan oleh ayahnya.Orang tuanya adalah seorang pegawai tinggi pada pemerintahan Dinasti Saman. Ia dibesarkan di Bukharaja serta belajar falsafah dan ilmu-ilmu agama Islam.
Selain sebagai ahli kedokteran, Ibnu Sina juga dikenal sebagai filosof, psikolog, pujangga, pendidik dan sarjana Muslim yang hebat. Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Ia dibimbing oleh Abu Abdellah Natili, dalam mempelajari ilmu logika untuk mempelajari buku Isagoge dan Prophyry, Eucliddan Al-Magest Ptolemus. Setelah itu dia juga mendalami ilmu agama dan Metaphysics Plato dan Arsitoteles. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.

Beliau bukan seorang tokoh yang dilahirkan terus hebat, Beliau pernah mengalami masalah saat belajar ilmu Metaphysics dari Arisstoteles. Kegigihan Ibnu Sina dalm menuntut ilmu dapat dibuktikan apabila beliau membaca buku tersebut sebanyak 40 kali sampai hafal setiap kata yang tertulis dalam buku tersebut, namun dia tidak dapat memahaminya. Sampai suatu hari setelah dia membaca Agradhu kitab ma waraet thabie’ah li li Aristho-nya Al-Farabi (870 - 950 M), semua persoalan mendapat jawaban dan penjelasan yang terang benderang, bagaikan dia mendapat kunci bagi segala ilmu Metaphysics. 

Setelah berhasil mendalami ilmu-ilmu alam dan ketuhanan, Ibnu Sina merasa tertarik untuk mempelajari ilmu kedoktoran. Ia mempelajari ilmu kedoktoran pada Isa bin Yahya. Meskipun secara teori dia belum matang, tetapi ia banyak melakukan keberhasilan dalam mengubati orang-orang sakit. Setiap kali menghadapi kesulitan, maka ia memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk, maka didalam tidurnya Allah memberikan pemecahan terhadap kesulitan-kesulitan yang sedang dihadapinya.

Suatu ketika saat Amir Nuh Bin Nasr sedang menderita sakit keras. Mendengar tentang kehebatan yang dimiliki oleh Ibnu Sina, akhirnya dia diminta datang ke Istana untuk mengubati Amir Nuh Bin Nasr sehingga kesihatannya pulih kembali. Sejak itu, Ibnu Sina menjadi akrab dengan Amir Nuh Bin Nasr yang mempunyai sebuah perpustakaan yang mempunyai koleksi buku yang sangat lengkap di daerah itu. Sehingga membuat Ibnu Sina mendapat akses untuk mengunjungi perpustakaan istana yang terlengkap iaitu Kutub Khana. 

Berkat kecekalan beliau mengunjungi perpustakaan tersebut, Ibnu Sina mendapat banyak ilmu pengetahuan untuk bahan-bahan penemuannya. Pada suatu hari perpustakaan tersebut terbakar dan orang-orang setempat menuduh Ibnu Sina bahwa dirinya sengaja membakar perpustakaan tersebut, dengan alasan agar orang lain tidak bisa lagi mengambil manfaat dari perpustakaan itu. Perjalanan beliau untuk menyebarkan ilmu dan mengubati penyakit-penyakit ini pernah diduga dengan pelbagai cabaran lain seperti dipenjara. Meskipun beliau dipenjara, kecintaannya kepada ilmu tidak menghalang beliau menuntut, beliau pernah dipenjara selama dua bulan dan ketika itu beliau berjaya menghasilkan 3 buah buku.

Ibnu Sina lahir di zaman keemasan Peradaban Islam. Pada zaman tersebut ilmuwan-ilmuwan muslim banyak menerjemahkan teks ilmu pengetahuan dari Yunani, Persia dan India. Teks Yunani dari zaman Plato, sesudahnya hingga zaman Aristoteles secara intensif banyak diterjemahkan dan dikembangkan lebih maju oleh para ilmuwan Islam. 

Pengembangan ini terutama dilakukan oleh perguruan yang didirikan oleh Al-Kindi. Pengembangan ilmu pengetahuan di masa ini meliputi matematika, astronomi, Aljabar, Trigonometri, dan ilmu pengobatan. Pada zaman Dinasti Samayid dibagian timur Persian wilayah Khurasan dan Dinasti Buyid dibagian barat Iran dan Persian memberi suasana yang mendukung bagi perkembangan keilmuan dan budaya. Di zaman Dinasti Samaniyah, Bukhara dan Baghdad menjadi pusat budaya dan ilmu pengetahun dunia Islam.

Saat berusia 22 tahun, ayah Ibnu Sina meninggal dunia. Pemerintahan Samanid menuju keruntuhan. Masalah yang terjadi dalam pemerintahan tersebut akhirnya membuatnya harus meninggalkan Bukhara. Pertama ia pindah ke Gurganj, ia tinggal selama 10 tahun di Gurganj. Kemudian beliau pindah dari Gurganj ke Nasa, kemudian pindah lagi ke Baward, dan terus berpindah-pindah tempat untuk mempelajari ilmu baru dan mengamalkannya.


SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

PENGHASILAN KARYA DALAM BIDANG SAINS PERUBATAN

Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantic, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For Orental Studies in Kaherah, Mesir. Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa arab dan dinamakan sebagai Mullafat Ibnu Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah university pendidikan di Hungary telah mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina).

Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan seperti ‘Al-Qanun Fit Tibb, Al-Adwiyah Al-Qalbiyyah’ dan ‘Al-Alfiyyah al-Tibbiyyah. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai Bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin. 

Bukunya Al-Qanun Fit Tib (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 Jilid,menjadi rujukan  utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu sains  perubatan. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford University.

 Ibnu sina merupakan orang yang pertama memperkenalkan “method pemerhatian dan analisis” dalam bidang perubatan. Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain. Washtankald, seorang Ilmuwan Jerman sempat menghitung karya tulis Ibnu Sina tidak kurang dari 150 judul yang membahas berbagai macam ilmu, seperti kedoktoran, falsafah, agama, astronomi, bahasa, kebudayaan, sastera, musik, arsitektur, logika, dan ketuhanan. Ibnu Sina telah menyumbangkan kekayaan ilmunya pada umat manusia. Padahal ia hidup pada zaman yang sering terjadi kekacauan.
Berikut ini adalah antara daftar buku-buku yang dihasilkan oleh Ibnu Sina :

1.     Al-Inshaf (keputusan) 20 jilid
2.     Al-Qanun (Aturan) 10 jilid
3.     Al-Syifa’ (Penyembuhan atau Pengobatan) 8 jilid
3.     An-Najad (pembebasan) 3 jilid
4.     Al-Biir wa a-l Itsm (Perbuatan baik dan dosa) 2 jilid
6.     Al-Hashil wa Al-Mahshul (pokok-pokok) 2 jilid
7.     Al-Isyarat (Petunjuk) 1 jilid
8.     Al-Majmu’ (Himpunan) 1 jilid
9.     Al-Arshad al-Kulliyyat (Petunjuk Lengkap) 1 jilid
10.   Al-Hidayat (petunjuk) 1 jilid
 dan banyak lagi.

Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.

TEORI DAN PENDAPAT

Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Doktor” kerana beliau telah mengabungkan teori perubatan Galen dan Yunani Hippocrates jug pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.

Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau “psychosomatic medicine” yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :

·         Kuat atau denyutan yang lemah.
·         Masa antara denyutan.
·         Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , beliau dapat mengesan dengan psikologi mengenai nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan)

PENEMUAN PENYAKIT-PENYAKIT BARU

Ibnu Sina telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit  dan cara untuk mengubatinya.

Penyelidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau melakukan method pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan cara ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit.Serta kaedah merawatnya.Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan. Antaranya ialah:

1. Penemuan penyakit baru serta puncanya.
2. Pengaruh kuman dalam penyakit.
3. Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya.
4. Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan Seumpamanya

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI PERUBATAN

Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan baru menggunakan peralatan-peralatan canggih. Contohnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.Ibnu sina telah berjaya membangunkan teknologi perubatan seperti
1. Penemuan dalam bidang farmasi
2. Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
3. Ubat bius
4. Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
5. Mencipta picagari dan lain-lain

PENEMUAN-PENEMUAN BARU

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan sumbangan terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.
Bidang Geografi

Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotle.
Bidang Geologi, Kimia

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi dan kimia memang tidak dapat disangsikan lagi.Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah.Beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat dalam bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis.Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim.


Saya sertakan link untuk ringkasan sumbangan Ibnu Sina terhadap Sains dan Teknologi, boleh la singgah jap. Setakat ini sahaja perkongsian saya hari ini, harap dapat membantu anda semua, Yang kurang tu dari diri saya sendiri, yang lebih itu dari Allah s.w.t.


No comments:

Post a Comment